Tuesday, March 18, 2003
bangsa jampi jampi
kenapa ya, mereka memandang remeh akan akar waris kita? kenapa ya, mereka rendahkan budi kita hingga takat hujung kaki saja? ada mungkin kerana kita alpa atau terlalu girang menikmati dunia hingga mudah lupa apakah maksud 'nikmat duniawi' itu sendiri. jelas sangsinya tiada, kita amat ketinggalan, jauh dari kemajuan mereka. walaupun ketamadunan ajaran kita ikuti dibanggakan, namun tika ini ketamadunan mereka yang kita kiblatkan. bukan?
kenapa ya, keperitan moyang kita menuntut tanah warisan ini ringan sangat kita tampi? keringat asin dan darah tebal itu tidak kita telusuri jasanya. apa yang difahami sejak di bangku sekolah lagi, ceritera wira-wira bangsa berjuang dan nyawa melayang, antara ada hanya termaktub dalam teks 'sejarah malaysia - tingkatan lima', yang tara-tara dibaca dan itu pun untuk lulus periksa. betul?
mungkin sudah tiba masanya kita merdekakan diri. kita wajib sedarkan dan sembuhkan akal, hati dan semangat yang sudah jauh tersungkur dari orang lain yang terkehadapan. sejak dulu lagi saya dengar, baca dan lihat, orang melayu ini terlalu manja dan suka dimanja-manjakan. kalau boleh, 'semuanya' mahu disuapkan saja ke mulut. kalau boleh mulut pun tak mahu dibuka sendiri, mahu orang lain buka dan suapkan 'habuan'nya. benar?
hendak kalian guna kalimat 'ini tanahair kita, tuannya harus bersadur raja' dan berasa selamat?
rosaknya minda watanku jika fikirnya begitu, nampak sungguh dampak ajaran waris kita sejak dulu kuat sekali ikatannya. kita hari ini terkeliru dan tertipu dengan bayang sendiri. gamat kan?