Sunday, March 23, 2003
gegar jiwa raga bila ditanya ke mana akan kita tuju jika takdirnya tanah melayu ini diserang 'musuh' sebagaimana keadaannya di bumi sungai tigris. jawap saya, kita lari ke mana kaki melangkah. jawapan sinis yang saya ertikan sebagaimana kita akui pendirian kita ketika / jika bertamu perang. mahu kita bertarung 'musuh' dan sanggup mati bersama megah. kuburan kita hanya beralas tanah gambut dan bertutup langit luas ada.
atau, mahu kita berlari sederas kaki membongkah atau terhayun dan rasa syukur kerana nyawa masih di badan untuk terus hidup satu hari lagi. amat berterima kasih pada tuhan yang membenarkan hidup terus dinikmati (atau layak hanya saya gelar 'hidup terus dicabuli').
bagaimana fikir kita - apa fikir anda?