Wednesday, May 14, 2003
saya berdebat dengan seorang teman yang telah lama tidak saya berhubungan, beberapa hari lepas. isunya pelbagai dan ada satu perkara yang menarik saya untuk menulis di sini. "imbangi antara hidup dunia dan amalan akhirat".
tegas teman saya, fahaman hidup dunia untuk dunia dan amalan akhirat untuk akhirat adalah propaganda hidup muslim keliru masa kini. mungkin yang dia maksudkan insan seperti saya. saya berpendapat hidup ini harus dinikmati sebaiknya. amalan pula harus selari dengan laku duniawi yang lain. that's balancing life for me. it might be what i believe but tidak bagi teman ini. berkeras dia nafikan waras serta jitu hujah saya.
fikirnya, kita manusia muslim harus menikmati hidup mengikut pandangan yang Allah berikan (melalui Koran, hadith dan kitab), dan bukannya mengikut budi bicara kita sendiri, dari apa yang kita faham, lihat atau dengar dari keadaan sekeliling. katanya, hampir segala yang kita 'nikmati' seharian adalah berunsurkan usaha beberapa pihak untuk menyesatkan muslimin. propaganda lama, usaha tiada putus asa dan pelaksanaan sempurna 'syaitan' dunia ini.
kami akui manusia berbeza. fikirannya bercorak dan bersimpang juga. mungkin segala yang kita debatkan menjurus kepada satu akar. apa yang kita mahu dalam / untuk diri kita. dan segala keputusan yang di ambil harus diakui dengan risiko yang bakal dihadapi kelak. balasan baik / buruk suatu hari nanti.