Sunday, May 18, 2003


betapa jauh kita ingin lemparkan sesuatu perasaan, betapa mudah untuk kita terus mengingatinya. saya mahu lupakan kata-kata seseorang kerana saya tahu keputusan yang bakal saya lakukan antara dirinya dan saya agak berat sebelah. masalahnya diri saya. bila hati inginkan sesuatu, ia acapkali terlupa bahawa akal perlu sama dalam sidang penghakiman diri. bicara akal penting kerana ia meletak logikal situasi dan kerakusan keinginan, selaras. tidak ikut hati dan merana diri. tapi payah benar...

saya harus fikir betul-betul, timbang-timbang waras akal saya. saya tidak mahu salah langkah kerana ia tentang hati dua insan. yang terpenting, ia pertaruhkan hati saya!