Saya percaya bahawa Allah telah tetapkan segala yang berlaku dalam hidup saya ada pengajarannya yang tersendiri. Saya percaya segala yang datang dan pergi sepanjang hayat saya, ada hikmah yang harus saya fahami dan akur. Saya percaya kuasa Esa kerana pangkal hati saya masih berpaut padaNya.