Tuesday, June 17, 2003
ok, begini sebenarnya....
sudah terlalu lama saya tidak bercinta dan terus terang saya katakan memang cinta ini sekadar mainan orang dulu-dulu. cinta yang dikaitkan : cinta antara dua insan, berpasangan. bagi saya perasaan yang ramai orang cari ini sekadar over-rated. ia tidak wujud sebenarnya, melainkan imbas-imbas perasaan suka saja. atau tidak keterlaluan jika saya katakan, ia hanyalah tempias naluri manusia yang berasa senang atau selesa akan seseorang / sesuatu.
mungkin saya jalil dan terlalu ego ataupun pathetic kerana perasaan bercinta ini tidak pernah hinggap pada diri (secara kekal). hingga saya terkeliru dan terpanggil untuk meluahkan isi hati yang rendah sekali logikalnya. tetapi ya, saya masih tidak dapat meyakinkan diri bahawa cinta suci itu benar-benar wujud.
apa yang saya lihat, orang masakini bercinta sekadar mahu capai objektif berasmara saja. makna: asmara atas katil. cinta turuti perkahwinan luruti senggama. mudah sungguh kita fikir kan ...
saya lebih suka melihat saja dari jauh gelagat manusia. tetapi jangan salah anggap ya, tidak sekali saya dalami voyeurism!