Tuesday, June 24, 2003
memang saya tidak nafikan, Poligami adalah undang-undang Allah. manusia tidak segan silu untuk mengamalnya, tapi bukan pada cara yang benar. hukum ini di'dera'. apa yang saya lihat hari ini, poligami umpama satu alasan untuk lelaki menjamah 'lurah' yang pelbagai. mungkin anda fikir saya berkata begini kerana hanya dari segi senggama saja yang saya lihat. tidak sebenarnya. saya bersuara atas yang dilihat di sekeliling saya.
pertama: sudah mengerjakan rukun Islam kelima, menggelar diri 'haji' lagi. tetapi dikisahkan, suatu hari dia meninggalkan isteri selama sebulan. tidak lama kemudian gempar dapat tahu yang dia bernikah kali kedua di tanah utara malaya. aduhai, luluh hati jika berlaku pada saya.
kedua: semua orang sedia tahu dia berwang, sedikit berada rezekinya. setiap hari dia ke warung kopi busu, bersembang dan mengutip cerita orang-orang lama yang bertandang sama. sudah orang tahu juga, di rumah dia beristeri tiga. maklumlah, boleh 'tanggung' semua sekali. syukur. namun suatu hari dikisahkan terdengar rungutnya ingin mencari orang rumah keempat, sekadar mahu cukup kuota katanya. amboi, masih boleh berjenaka tentang nasib orang-orang rumah yang lama. saya sekadar bertanya, adakah dia mahu menyelamatkan nasib wanita malang dengan bergelar suami? atau mahu sekadar puas banyak lauk untuk di'isi'?
pernah dia ditanya, bagaimana jika antara isterinya menghidang 'ruang' pada 'pengisi' yang lain. marah tak? kecewa tak? mungkin dia tidak tahu yang penyatuan fizikal adalah sesuatu yang mesra dan personal. terlalu rapat hingga kita mahu berkongsinya dengan hanya orang tersayang, dalam kamar kelam. bukan untuk diperdagang ya. begitu juga soal hati, bukan untuk dikongsi-kongsi.
jika mahu diteruskan hukum ini tanpa kawalan seadilnya, adakah layak pengorbanan seseorang wanita itu dituruti luka hati dan kecewa diri hanya untuk melihat suami bersama wanita lain? adakah adil pada diri seikhlasnya? jika betul ikhlas, baguslah. tetapi harap nanti bila sudah terjadi, ada yang menyesal umpama memakan diri.