Tuesday, August 19, 2003

tanggal 11 ogos 2003, seperti biasa saya sampai di kajang pulang dari pejabat dalam waktu 6.45 petang. hampir setiap hari saya gunakan susur keluar di bangi dari lebuhraya untuk masuk ke kejiranan tempat tinggal saya. laluannya kurang sesak dan cepatlah saya sampai ke rumah. seperti biasa juga petang itu saya lalu di hadapan rumah yang kali ini penuh khemah-ekpress dan kerusi-kerusi plastik. orang dalam rumah itu juga agak ramai tetapi suasananya suram saja. teman saya bertanya sendiri, kenapa agaknya. kenduri atau ada yang mati. saya menegur, janganlah cepat sangat beragak, baik kita tanya tuan rumah esok hari.

tanggal 12 ogos 2003, saya diberitahu yang majlis semalam ada untuk disebabkan kematian jack, anak aci yang tinggal di sana. saya agak terkejut walhal teman saya seraya berkata sudah tahu akan kematian jack. dari situ saya diceritakan akan kisah hidup beliau. ringkas dan penuh sengsara dengan sakitnya. peninggalan jack sebenarnya tidak meninggalkan kesan pada saya, malah saya sendiri tidak pernah jumpa beliau, cuma ada dengar cerita sana sini sahaja. banyak yang baik dari yang kurang selesa didengari telinga. baik saya, insan biasa yang sudah sampai waktunya.

namun, apa yang membuatkan saya menulis ini, pada tanggal 17 ogos 2003 saya terbaca StarMag hari ahad akan tulisan Mangai B yang memperingati jack. agak terkejut saya dalam penuh tanda tanya. who is this guy actually? hingga kematiannya dipapar khas dalam dada berita. setelah menbaca teliti, baru saya faham dan tahu. setelah 18 tahun melawan penyakitnya, jack akhirnya rebah jua. dengar kata, tubuh gagah dan gempal isi, ketika sebelum pergi cuma tinggal sikit sangat jisim yang 'terada'. takdir yang digagahinya amat pilu. mangai ada juga bercerita akan kasih sayang seorang ibu yang sanggup menerima dan menjaga anak yang deritanya tiada terubat (lagi). tentang kesanggupan dan kemesraan seorang ibu bertegar pada cemuhan dan hinaan orang sekeliling. saya kagum.

jack, juga seorang aktivis, pencetus idea, pejuang bangsa (dia berpangkat dalam tentera), pendorong insan sepertinya dan pelbagai lagi. aduhai umurnya cuma mampu di takuk 40. nafas terakhir terlepas di hospital besar kuala lumpur, namun pemergiannya ditemani sahabat handai dan rakan seperjuangan. marina juga ada di situ. saya diberitakan, marina 'menemaninya' hingga jack dimandikan. mungkin marina kali ini kehilangan orang antara yang terawal membentuk Positive Living dan badan kaunseling yang lain. antara orang penting yang tidak pernah menunjukkan deritanya kehadapan melainkan senyum positif dan berkeyakinan untuk terus hidup sepanjang masa. antara orang yang pernah bersembang dan bercerita dalam dengan teman saya sekarang. mungkin apa yang kami tahu, orang lain tidak tahu akan diri jack sebenarnya. akan kesedihan dirinya. mungkin juga alasan ini yang menyemangatkan saya menulis...

apapun, saya tetap bersyukur dengan apa yang saya fahami dengan hidup ini. banyak perkara yang saya tidak tahu, tentang derita orang dan perjalanan hidup mereka. tuhan maha adil dalam menentukan hidup hambanya, bagi saya. berpelajarang tinggi tidak membawa kita 'rasa' segala-galanya dalam hidup. apatah lagi hidup orang lain. ramai orang seperti saya yang beranggapan mereka faham apa yang orang lain fahami dan rasai. saya ego seperti mereka pada suatu masa. tetapi percayalah, ia cuma setitik pengetahuan dari selautan ilmu dan pengalaman. kita harus sentiasa berfikiran terbuka dan rendah diri. mungkin suatu hari nasib kita sama dengan mereka yang telah pergi. siapa tahu kan.

buat jack jagjit singh, pejuang dan aktivis Aids Malaysia, diri mu diingati di sini ...