Sunday, September 07, 2003

Artikel ini saya tulis untuk sebuah majalah tetapi sayang sampai hari ini masih belum tersiar. Kerana mahu terus berkongsi pendapat, saya 'busanakan' di sini.

Bukti Cinta Pada Dunia!

Pernah anda melakukan sesuatu yang bodoh untuk membuktikan anda sayang akan si dia? Tidak kiralah sama ada perkara yang dilakukan itu tidak masuk akal, keterlaluan, lucu atau pun dianggap gila.

Mungkin anda pernah menyanyi di open karaoke bar untuk menghiburkan hati kekasih walaupun anda tahu, nyanyian anda lebih teruk dari suara Cameron Diaz dalam My Best Friend’s Wedding. Atau pun anda pernah berasa gementar untuk bertemu si dia hingga anda jadi tidak menentu. Mungkin show clumsiness seperti lakonan Ben Stiller dalam There’s Something About Mary, kegementaran secara tidak sengaja terlampias menjadi brand baru gel rambut untuk Mary. Lucu bukan?

Atau mungkin anda pernah cuba tunjuk terrer depan si dia ketika tawar menawar mahu membeli tudung wardina di jalan tuanku abdul rahman. Walau anda tahu anne bangla si penjual itu tak mungkin menurunkan harganya. Bermatian anda kelentong cuba menurunkan harga hingga kekasih anda rasa malu dan menarik tangan anda mahu berlalu saja.

Pasti anda ada merasa atau teringat atau pun terfikir apa yang saya katakan ini? Walaupun mungkin situasinya sedikit berbeza, namun membawa maksud serupa saja.

Tak apalah yang mana pun, yang penting sebenarnya anda telah mengambil risiko untuk ditertawakan atau dicemuh untuk hanya membuktikan cinta ataupun sayangnya anda pada buah hati yang ada. Hahaha… pasti anda tersenyum sendirian bila mengenang kembali perkara-perkara sedemikian. Senyumlah, ada baiknya.

Pernah juga anda terfikir, apa sebenarnya mesej yang ingin anda sampaikan kepada orang lain yang melihat perlakuan anda? Maksud saya pembuktian kelakuan anda secara di bawah sedar (subconsciously) terhadap mereka di sekeliling. Khalayak yang sifatnya suka menkritik, menilai dan gossiping.

Cuba fikir.

Memanglah anda ingin membuktikan cinta/sayang/setia anda but don’t you ever think what people might think of you at that particular moment?

Apa? Anda tidak kisah apa orang lain kata? Hel-lo, jangan tak nak mengaku. Di sini bukan tempat hendak menipu diri. Self-denial is uninvited here please. At least a fraction of your feelings do care what others might think, right?

Ini persoalan yang ingin saya ajukan, untuk kita sama-sama fikir dan berdiskusi.

Untuk makluman anda, after you did the foolish deeds anda baru sahaja mengaku yang anda percaya pada hubungan anda. Anda konfiden dan bersungguh untuk melihat perhubungan anda pergi lebih jauh dan berharapan. Pokoknya, you really love her!

Romantik bukan jika semua orang dapat melihat atau menilai setiap perlakuan mereka ketika bercinta. Bukan apa, dari pemerhatian dan sedikit pengalaman, saya sudah mula menilai my past when I was deep in love! Mungkin sifat saya suka menganalisis dan kadang-kadang sedikit kritikal. Tapi ok-lah kan.

Apa yang saya perasan, kelakuan kita pada situasi – situasi seperti di atas dipandu bukan oleh kewarasan fikiran tetapi naluri yang mendesak. Mungkin dari tindakan refleks anda yang ingin melihat si dia gembira dan bertambah sayang pada anda. Tindakbalas spontan yang mahukan anda making a statement that you want to love her forever more. To indirectly prove that she’s yours and you would do anything just to have her by your side.

Bukankah itu namannya cinta. Lebih tepat, ia pembuktian cinta anda, sepasang merpati terbang sejoli. Ok mungkin bukan perumpamaan merpati, mungkin objek lain yang lebih sesuai atau anda mahukan kata ganti diri ketiga yang lebih grand lagi? Whatever, janji anda senang dengan ber-pasangan.

Tiada salah anda bertindak begitu. Kelaziman benar, love should leads you do stuff like that. Saya tidak mengkritik atau menegur, Cuma mahu berkongsi pemahaman ini, mungkin perkara yang berlaku atau berlalu dari kita setiap hari, tidak kita sedar kesinambungannya.

Why not treasure it for one second and make a smile out of it. Betul tak?

Perlu juga anda sedar bahawa bukti cinta anda pada khalayak sekeliling tidak harus berakhir kehangatannya seketika cuma. Tiada salah untuk anda meneruskan hormat dan penghargaan anda pada yang tersayang biarpun sehari 1000 kali anda lakukannya. Please don’t let it dry through time. Let time fades, but let never your spirit. After all, you are doing it for the sake of both of you. Siapa juga yang gembira nanti.

Jadi lain kali bila teman anda secara tiba-tiba melakukan yang out-of-this-world-kind-of-thing, janganlah berasa malu atau marah. Jauhkan sekali rasa merajuk. Buruk ok! Simpanlah sifat memahami seperti saya uraikan tadi, mungkin cinta anda akan lebih dirasai, diwarnai tawa dan dihormati. Inilah masanya kita menilai segala kejadian di sekeliling kita dengan rasa syukur, gembira dan bahagia.

So my friends, bukti cinta anda pada dunia!!!