Wednesday, September 24, 2003

Saya masih tertanya-tanya apakah benar cinta itu tidak wujud. Atau aturan, memang tiada cinta tulus itu suatu kebenaran. Saya tidak boleh tidak untuk terus berfikir perkara ini selepas membaca komentar teman-teman terhadap tulisan saya sebelum ini (lihat bawah saja).

Azro and Munie, benarkah apa yang anda berdua maksudkan? Saya ada juga merewang and melawat halaman-halaman internet blogger melayu + malaysian yang lain, yang mana ramai pernah mengutarakan kisah cinta mereka. Atau paling tidak menulis akan pandangan mereka terhadap gelap nasib dalam berkasih sayang. Dapat juga saya tahu serba sedikit perihal ilmu cinta ini.

Antara intipati yang saya gemar berfikir adalah cinta tidak akan memberi masalah pada seseorang jika orang itu sendiri tidak pernah atau tidak bersungguh mencari cinta. Lebih tepat, bila kita tidak memberi peluang untuk orang lain menyayangi kita. Bernafaslah dengan perasaan ikhlas dan mengharap. Benar, amatlah sukar mencari teman yang sesuai atau insan yang benar memahami diri kita. Tetapi ada kalanya, peluang yang 'menjenguk' haruslah kita buka luas-luas tebarnya. Tidak salah mencuba dan melihat perkembangan diri sendiri dan orang kedua dalam perhubungan mentah. Dari sinilah kita bakal menilai dan menafsir dimana akan kita bawa diri jika mahu terus bersama orang kedua ini. Dan jika persis sama-sama pinang dibelah dua, teruskan saja ke alam perkahwinan. janjikan dan janjilah, susah senang kita bakal harungi bersama...

mungkin ada yang terfikir keadaan diri saya kerana menulis artikel Bukti Cinta Pada Dunia!, adakah saya bahagia dan suka pada saat sekarang. dampak penulisan saya, saya akui di sini bukan takat mahu menilai isi hati diri saya. kalau anda berfikir sebegitu, anda salah-lah. hakikatnya mungkin kita manusia, selalunya melaras hidup di banyakkan pada niat mahu meneruskan hayat sahaja. dan ini pula tidak bermakna kita tidak gembira dan diburui rasa sedih. saya mahu ambil kata-kata Munie, life must go on ... mungkin pada kawan-kawan yang terbaca, saya kini cuma sedikit terselesa dalam comfort zone saya. walau pun pelbagai kerenah dan perihal saya sehari-hari, saya kini kurang mahu berganjak dari apa yang saya ada sekarang. mungkin kerana beberapa sebab:

satu: saya malas mahu berfikir perkara-perkara 'hidup single' kembali kepada sifar
dua: saya tak terdaya melihat impact pada diri dan orang kedua jika mahu 'terputus tali'
tiga: saya dalam proses memahami aturan kelakuan saya ketika berhubungan insani
empat: saya masih tidak faham dengan diri sendiri
lima: saya masih mengatur matlamat hidup seadanya dan seterusnya
enam: saya masih dalam menyelesaikan masalah keluarga
tujuh: perkara - perkara lain.

Ada lagi aturan perhubungan yang ingin saya kongsi setelah menilai erti cinta pada diri orang lain. bakal saya teluskan pada layar putih ini ya.