Monday, October 06, 2003
berkali-kali saya mahu katakan pada diri saya bahawa bukan semua perkara yang saya ingin akan dapat saya kecapi. bukan semua perkara yang harap saya amat, bakal terlaksana di depan mata, atau pun pada suatu ketika.
saya mahukan keamanan dalam hidup. jauh sangat dari rasa bersalah dan sangsi pada keadaan saya pada satu- satu ketika. berkali-kali juga saya terangkan pada diri saya supaya sentiasa kuat dan 'bersatu' dengan kudrat yang termampu untuk menahan diri melawan rasa sedih atau kerisauan celaru, tika 'ia' menjengah.
saya kaget pada waktu kesetiaan saya dipersoalkan, pada hati ini tidak pernah tinggal memori teman-teman lama. saya tidak ada daya untuk menadah dan meminta semua menerima, "hoi, aku di sini. kenapa masih boleh menyindir?"
saya pernah berkata di layar putih ini, diri saya bukan lagi yang suka meminta-minta. kena pada kematangan kita, semua ada kewarasan untuk menilai dan berfikir. saya akui salahnya saya kerana tidak menyapa yang lain, pada rasa tersepit (alasan lama, sekali lagi diguna di sini) pada saat saya mahu laungkan "anda semua teman saya". hingga saya ada kalanya disindir orang lain, "cakap boleh la ... semua orang buat. tapi bila nak bertindak, berjumpa ... sudahhhh laa..."
berkali-kali saya teringat pada semua ini, berkali-kali jua saya kalah pada perasaan sedih sendiri ....