Sunday, October 19, 2003

saya berbicara dengan seorang teman tentang satu isu : jangan persiakan masa.

banyak perkara yang perlu difahami dan perlu dicari. dan banyak lagi keadaan dan perasaan yang harus didalami dan ditelusi. mungkin di sepanjang hidup kita, sejarah, sehari-hari atau akan datang kita akan bertemu banyak pengorbanan.

masa untuk diri sendiri dikorbankan untuk bersama si dia misalnya. masa bersama kawan-kawan digunakan untuk menolong si dia bekerja contohnya. masa untuk rehat dihabiskan dengan membantu si dia di rumah misalnya. masa tidur dipotong-pendek untuk memastikan semua persiapan diri si dia tersusun contohnya. dan pelbagai lagi 'masa-masa' yang wajar diguna untuk diri sendiri, dibelanjakan untuk si dia. yang tersayang dan tercinta.

niat di hati hanyalah mahu menunjukkan betapa sayangnya kita dan betapa mahu membuktikan rasa cinta. i'll do everything for you. tegar dan gah sekali sumpah di hati ...

tetapi berbalik pada segala pengorbanan yang tercurah dan dicurah, saya terdetik untuk terfikir selepas teman perbualan saya tadi bertanya: adakah pengorbanan kau itu dihargai?

mengapa harus perhambakan diri untuk orang lain jika sekelumit pengorbanan kita tidak tergerak untuk difikir dan dihargai. mungkin ada di antara kita yang pernah melalui detik begini. bagi saya, aduhai ... ada ketikanya!