Wednesday, October 29, 2003

Hello Ramadhan, anda datang lagi. Tiap kali bulan puasa saya kembali bertenaga. Maksud saya bertenaga dari segi lebih bersemangat untuk bekerja. Apa tidaknya, bulan puasa nie waktu bekerja di ofis dipendekkan. Tepat jam 5 petang, sayalah antara manusia terawal yang tercongok depan lif.

Terasa diri begitu ringan bila mahu pulang ke rumah dari ofis. seperti segala beban kerja di meja komputer dan segala masalah dalam fail 'pending matters' tu, terangkat dan melayang dengan sendirinya. apa yang terfikir di minda cuma mahu balik, mandi dan berehat seketika sebelum berjuadah buka puasa. makanan ruji saya : nasi dan lauk campur. itu lah yang dimamah baik berbuka atau pun bersahur selama tiga hari ini. selama saya belum jemu, saya selerakan untuk bersuap apa yang ada.

Yang menarik saat berbuka adalah sebelum azan berkumandang. Duduk depan makanan / lauk, berteman air sejuk atau panas yang setia, ada kala kurma malu-malu bersua, kita mesti selalu berfikir .. wahhh .. tak sabar nak makan semua nie. nak rasa kuih muih dan agar-agar warna-warni dari pasar ramadhan tadi. but, selalu perkara yang membatukan saya selepas itu, adalah ketika sesudah habis juadah pertama dan segelas / seikat plastik air, mesti dah mengah perut. makanan yang lain ditolak ketepi dan beralasan 'aku makan kau sekejap lagi'.

tapi apa yang paling malas ... solat maghrib pun di-sekalikan tertolak ke tepi. mesti nak duduk rehat depan tv dan lepak-lepak dulu. kalau rajin baru bangun sembahyang, kalau tak .. hmm... (beralasan) buat isyak saja lah nanti ...