Sunday, November 02, 2003
Saya masih memandang pada diri orang lain, untuk belajar erti kemanusiaan. Jika saya lihat pada diri sendiri, tiada apa yang akan saya pelajari kerana pada saya nilai-nilai insani itu terbentuk apabila ada interaksi antara manusia. Kita dapat kenal sejauh mana maruah atau tahap pemikiran seseorang dengan hanya memerhatikan tingkahlakunya dengan orang di sekeliling. Atau, pada cara gerak geri dan kesopanan perbualannya.
Untuk diri sendiri, kita boleh memuhasabahkan diri dengan merespon dan belajar akan kitaran duniawi. Ada insan yang 'tinggi' melangit dan ada insan yang struggling di bawah, di tanah rata. Perkara yang berlaku ada motifnya untuk kita belajar.
cuba kita luaskan pemikiran.
Maksud 'kemanusiaan' yang saya ingin nilaikan di sini bukan sekadar untuk diri sendiri, (pada diri kita saja), tetapi untuk semua orang yang kita kenali. Tiada salah kalau kita berbuat baik dan berusaha untuk menegur dan menasihati mereka yang kita sayang agar lebih memperbaiki diri. Kalau ada yang terkasar bahasa, apa salahnya memaafkan dan bersapa kembali.kalau ada teman yang kesusahan, harus kita bantu selagi terdaya. Persaudaraan insan bukan terbatas pada nama, usia, agama ataupun bangsa. Ia tersambung bak air tercincang (yang tidak akan putus) dengan rasa simpati sesama manusia. Tiada manusia yang luar biasa, semua sama saja. Cuma nasib yang ditentukan untuk kita berbeza.
Saya menonton Edisi Siasat di 'kotak dungu' tempoh hari. Kisah penderitaan seorang wanita yang ditinggalkan suami. Tinggal di rumah usang yang berlantai kayu buruk, berdinding papan lapis dan berbumbung zink karat yang bocor sana sini. Keadaan dalam rumah agak kelam , jadi saya kurang perhati barangan yang terdapat di dalamnya. Apa yang benar, keadaan dari luar rumah sudah menampakkan kejijikannya. Kalau orang lain yang melihat 'kediaman' ini, dengan air mandian, cucian malah kumbahan bertakung di depan, di bawah dan di dada rumah, pasti fikir kita amat menggelikan. Saya sendiri rasa tidak selesa, ini baru di kaca 'kotak dungu'. Belum lagi saya ke sana dan ternikmat dengan bau hapak dan busuk yang menyapa.
Hati saya sudah rasa hiba. Sedih sekali mendengar keluh kesah ibu itu. Air mata yang mengalir ketika dia menceritakan kisahnya benar-benar menggamit simpati saya. Malah ia menarik rasa sedih dan mencarik-carik nikmat yang saya diami sekarang. Sungguh bertuah saya ketika ini kerana sempurna makan minum dan tempat huni.
Seringkali saya mengeluh akan nasib diri, tanpa rasa bersalah bahawa masih ada insan yang lebih memerlukan keluhan itu, saya mendengus rasa kesal 'kenapa nasibku begini' (selalunya apabila apa yang terhajat tidak kesampaian). Yang tiap hari ketika kerjanya cuma mengutip kotak-kotak kosong di tepi-tepi jalan, di belakang kedai, dia gagah untuk terus hidup. Dia tahu keluhannya tiada sapa yang dengar, gentar hatinya tiada sapa yang bela.
Saya hampir terkedu ketika ibu itu berkata makanannya cuma lebihan nasi orang di kedai makan, yang ingin dibuang di ambil dan bawa pulang untuk anak-anak yang bertiga. Tragis, masih ada insan begini. Ini bukan lagi kais pagi makan pagi, aduhai tiada yang terkais lagi.
Saya rasa selepas kisah sedih ini tersiar, pasti ada yang membela nasib mereka empat beranak. Saya sendiri ingin menghulurkan bantuan. Saya harap anda yang membaca ini juga seperti saya. Siapa tahu, mungkin suatu hari kita juga begitu. Anda mahu?