Thursday, December 11, 2003
saya tidak pernah nafikan bahawa manusia dijadikan berbeza-beza oleh Yang Esa. selain yang wajibnya berlainan dari segi rupa dan segala bentuk fizikal, manusia terhasil bersama tahap pemikiran yang pelbagai juga.
saya amat tidak faham akan mereka yang beranggapan bahawa ia adalah 'tidak apa' untuk mengeluarkan kata-kata kesat kepada orang lain. sudah beberapa kali saya terdengar dan melihat peristiwa di mana orang lain yang tidak bersalah tidak semena-mena dihamun manusia kurang ajar ini.
minggu lepas ketika saya di dalam LRT ke destinasi yang di tuju, lamunan saya disapa oleh ungkap 'cis celaka! tak nampak orang ka?'. terkedu saya melihat kebilan wanita yang terlanggar kaki lelaki yang memakinya itu. just a simple incident, yet unintentionally, those bad words melekat ke muka wanita itu.
malu memanglah malu, semua warga LRT ketika itu memandang insan hamunan yang malang. walaupun kata 'Maaf ya' berbuah dari bibirnya, namun terasa dirinya telah diperendahkan di khalayak ramai. kalau saya di tempatnya, aduhai ...
why can people act to such deed? i wonder ...

Tuesday, December 09, 2003
Dalam duduk termenung di dalam komuter pagi tadi, saya teringat akan peristiwa yang berlaku di Kapar, Klang kelmarin. Seorang bapa dikapak anaknya sewaktu dia sedang tidur.
Hati saya sedih. Hiba pun ada, gerun pun ada. Simpati saya terbaur terus kepada isteri si mangsa atau ibu pesalah. Bagaimanakah perasaannya? Can she cope her live after the incident? Si suami malang telah tersungkur dan berkubur. Si anak pula telah ditangkap, digari dan dilokap menanti hari kemudian yang bakal gelap.
Dengarnya cerita si anak adalah penagih dadah dan ada kala mentalnya tidak siuman. Si bapa pula cuma ketika itu sedang berehat pulang dari kerja.
Persoalan saya berbangkit di sini, adakah sewaktu kejadian itu si pesalah a.k.a penetak berada pada waras akalnya atau dalam keadaan khayal dan menggila? Saat dan ketika ini hanya Allah saja yang tahu.
Paparan di kotak dungu semalam menunjukkan ngeri tempat kejadian. Tilam nipis tempat tiduran si mangsa bertakung darah merah yang masih basah. Gumpalan mukus dan darah beku juga masih ada.
Tidak terbayang saya jika perkara sama berlaku pada diri. Sedang saya enak tidur, secara mendadak dan menggegas kepala, badan dan bahu saya ditetak dengan kapak. Dalam kegementaran saya tersedar dengan kejutan biadab itu saya cuba melawan tetapi tapak tangan saya pula / juga dilibasnya. Saya rebah dan ternoktah nyawa.
Pada masa sama juga saya terbayang, bagaimana penghujung nasib seseorang. Bagaimana setiap seorang dari kita akan berakhir melihat dunia. Doa saya supaya kenalan dan diri saya diredhai Allah dan terlindung dari azab kematian. Takutnya!