Sunday, January 04, 2004
*Saya pernah terakan tulisan ringkas ini suatu ketika dahulu di sini. Impaknya bagus sekali dari teman-teman. Edisi asalnya lebih panjang dari yang di bawah. Mukadimahnya saya gemar dan menjentik jiwa saya. Boleh kita sama-sama telusurinya sekali lagi?*
Kemanusiaan
Saya masih memandang pada diri orang lain, untuk belajar akan erti kemanusiaan. Jika saya mahu dilihat pada diri sendiri, tiada apa yang saya pelajari, kerana pada saya nilai-nilai insani itu terbentuk apabila ada interaksi antara manusia. Manusia dengan manusia, manusia dengan kitaran hidup, manusia dengan alam dunia dan pelbagai riak interaksi lagi. Kita dapat kenal sejauh mana maruah atau tahap pemikiran seseorang dengan hanya memerhatikan tingkahlakunya atau cara interaksinya dengan orang di sekeliling. Atau, pada kesopanan perbualannya.
Untuk diri sendiri, kita boleh memuhasabahkan diri dengan merespon dan belajar akan kitaran duniawi. Ada insan yang 'tinggi' melangit dan ada insan yang struggling di bawah, di tanah rata. Perkara yang berlaku ada motifnya untuk kita belajar.
Cuba kita luaskan pemikiran. Buka minda dan bentangkan jiwa nurani seantero maya.
Maksud 'kemanusiaan' yang saya ingin nilaikan di sini bukan sekadar untuk diri sendiri, (pada diri kita saja), tetapi untuk semua orang yang kita kenali. Tiada salah kalau kita berbuat baik dan berusaha untuk menegur dan menasihati mereka yang kita sayang agar lebih memperbaiki diri.
Kalau ada yang terkasar bahasa, apa salahnya memaafkan dan bersapa kembali.Kalau ada teman yang kesusahan, harus kita bantu selagi terdaya. Persaudaraan insan bukan terbatas pada nama, usia, agama ataupun bangsa. Ia tersambung bak air tercincang (yang tidak akan putus) dengan rasa simpati sesama manusia.
Wawasan mahu melihat jatidiri kita terbuna pada pandasan etika yang tinggi dan akhlak terpuji. Tiada manusia yang luar biasa, semua sama saja. Mungkin jiwa dan semangat itu boleh tercapai pada takat A+. Dan mereka yang sebegini, saya kagumi sekali.